Monday, January 4, 2010

B.M

Salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian.

Selepas sekian lama aku tidak menulis malah berbahas dalam bahasa melayu, tibalah masanya untuk memupuk minat aku terhadap bahasa kebangsaan kita - bahasa melayu sekali lagi.

Tadi, semasa aku berbual dengan kawan aku Xin Mei yang mempunyai bahasa yang "teh re"(terror), dia mengajarku beberapa perkataan baru. Rupa-rupanya, kita boleh menggabungkan sesetengah perkataan. Misalnya:
1. sangat & banyak = sangak
2. rumput = rumpus (plural form)
Aku marah dia tak beritahu aku lebih awal, macam ni kan boleh jimat masa dan tenaga aku semasa tulis karangan. (p/s bagi pelajar: jangan cuba ini semasa peperiksaan :P)

Aku perasan bahasa melayu aku semakin merosot. Memandangkan situasi bahasa melayu aku begitu kritikal, adalah penting untuk menyambung usahaku untuk belajar bahasa melayu sebaik mungkin. Bak kata perpatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya", aku harus mengamalkan bahasa melayu sentiasa kerana aku bagaikan rebung, masih muda dan mentah. :P

Oleh itu, sekali lagi aku ingin menekankan bahawa bahasa kebangsaan kita tidak patut dilupakan kerana bahasa adalah jiwa bangsa.


Sekian, terima kasih.

Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia
Dengan satu bahasa
Maju bangsa dan maju negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa jiwa bangsa

(yay i still remember the song :D)

No comments: